MAJLIS GIMIK PELEPASAN LATIHAN PERBARISAN DAN SUKAN KONTINJEN JKSM SEMPENA MUM’S 2023

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Majlis Gimik Pelepasan Latihan Perbarisan dan Sukan JKSM sempena persediaan sukan Multaqa Mahkamah Syariah (MUM’S) Tahun 2023 bertempat di Lobi JKSM, Kompeks Islam Putrajaya pagi tadi.

MUM’S yang akan berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 24 hingga 27 Ogos 2023 membawa tema “Gaya Hidup Sihat Menjulang Perkhidmatan Cemerlang”.

Semua kontinjen yang terlibat akan berkampung bersama-sama di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan bagi menyertai 15 acara sukan yang dipertandingkan.

Sukan MUM’S yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Pada tahun ini, kontinjen JKSM yang diberi nama Victorious HQ terdiri daripada atlet-atlet dari 4 agensi iaitu JKSM, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Bantuan Guaman.

Turut hadir bersama di majlis pelancaran gimik tersebut ialah Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan Ketua Pendaftar JKSM.

Usai majlis pelancaran tersebut, YAA Dato’ bersama YA Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM telah bersama-sama membantu latihan perbarisan kawad kontinjen Victorious HQ di Taman Pancarona, Putrajaya.

Syabas dan selamat berjuang!

Last Updated on August 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026