MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN HAKIM SYARIE NEGERI PULAU PINANG BERSAMA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

08 April 2023| Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Hakim Syarie telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertempat di Pelangi Ballroom, Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Batu Ferringhi, Pulau PINANG.

Majlis yang telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang ini telah menyaksikan 6 orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM telah menerima tauliah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau Pinang.

Mendahului senarai penerima, Ketua Hakim Syarie JKSN Negeri Puau Pinang telah menerima tauliah tersebut bersama Ketua Pendaftar, Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pulau Pinang. Keseluruhan penerima tauliah sebagai Hakim Syarie Mahkamah Syariah JKSN Pulau Pinang berjumlah 17 orang.

Diharap dengan pentauliahan ini akan memartabatkan lagi institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia & Negeri Pulau Pinang khususnya.

Dalam titah ucapannya, KDYMM Tuanku mengucapkan tahniah di atas pelantikan semua yang menerima tauliah pada hari ini dan menitahkan bahawa pentauliahan ini merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Last Updated on April 8, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026