MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH BERA* *DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

BERA| Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan

merasmikan Mahkamah Syariah Bera, Pahang Darul Makmur pada 23 September 2023 bersamaan 7 _Rabiul Awwal_ 1445H.

Turut berangkat adalah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Paduka-Pasuka Anakanda dan Yang Amat Mulia Kerabat-kerabat Bergelar, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Mantan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bera,YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Exco-exco Kerajaan Negeri Pahang, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Abu Hassan Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang.

Turut diundang dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah BPKR JKSM.

Semasa KDYMM SPBYDA berkenan menyampaikan titah perasmian, Baginda menzahirkan rasa bangga dengan pembinaan Mahkamah Syariah Bera yang melambangkan ketinggian institusi kehakiman Syariah di negeri Pahang mahupun Malaysia amnya.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah membina dan membangunkan Mahkamah Syariah Bera yang menjadi lambang keadilan Syariah.

Bangunan Mahkamah Syariah Bera yang telah siap dibina pada 23 Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM 6.5 juta adalah bukti jelas kepada pembangunan Syiar Islam di negeri Pahang Darul Makmur.

Baginda turut menekankan elemen penting dalam sistem keadilan Syariah iaitu konsep perdamaian atau sulh dengan merujuk kepada ayat Al-Quran, surah an-Nisa’ ayat 128 yang menekankan aspek perdamaian yang berkemampuan memudahkan penyelesaian kes tanpa melibatkan prosedur perbicaraan yang panjang.

Baginda turut bertitah supaya kedudukan hakim dan peguam hendaklah terus diperkasakan. Hakim Syarie dan peguam syarie juga haruslah memainkan peranan penting dalam melancarkan prosiding kes di Mahkamah Syariah

Baginda juga menekankan supaya lebih banyak lagi usaha untuk memperkasa Mahkamah Syariah di Malaysia dan baginda berdoa semoga usaha murni ini diberikan Allah SWT kurniakan ganjaran kepada mereka yang sentiasa berusaha memartabatkan Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah.

Selepas titah perasmian, baginda telah dipersembahkan dengan montaj perasmian dan lawatan ke dewan Bicara Mahkamah Syariah Bera.

JKSM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang yang telah berusaha untuk menjayakan majlis perasmian Mahkamah Syariah Bera yang menjadi simbol Syariah asas keadilan.

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in March 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026
March 2, 2026 March 3, 2026 March 4, 2026 March 5, 2026 March 6, 2026 March 7, 2026 March 8, 2026
March 9, 2026 March 10, 2026 March 11, 2026 March 12, 2026 March 13, 2026 March 14, 2026 March 15, 2026
March 16, 2026 March 17, 2026 March 18, 2026 March 19, 2026 March 20, 2026 March 21, 2026 March 22, 2026
March 23, 2026 March 24, 2026 March 25, 2026 March 26, 2026 March 27, 2026 March 28, 2026 March 29, 2026
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026