MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKSM JANUARI 2023

13 Januari 2023 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Januari 2023 hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Majlis yang berlangsung pagi ini dimulakan dengan alunan bacaan suci Surah Yassin oleh seisi Warga JKSM diketuai Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, JKSM.

Usai bacaan Yassin tersebut, YA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM telah menyampaikan amanat awal tahun kepada semua Warga JKSM.

Dalam amanat tersebut, YA Dato’ menyeru semua warga kerja agar bersama-sama dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk fokus kepada pembangunan negara dan memastikan negara bersih daripada rasuah terutamanya di kalangan penjawat awam.

Sikap memperluas Islamofobia di kalangan rakyat juga patut dijauhi semua pihak supaya negara sentiasa aman dan jauh daripada persengketaan.

YA Dato’ juga turut mengucapkan tahniah kepada mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar yang telah dilantik sebagai YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baru-baru ini.

Majlis Penyampaian Anugerah Pegawai Contoh (APeC) Suku Tahun ke-3 dan ke-4 bagi Tahun 2022 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut disampaikan kepada para pegawai dan kakitangan JKSM yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tempoh berkenaan.

Majlis Penyerahan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JKSM 2022 – 2026 kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan turut diadakan sejurus sebelum program pagi ini berakhir.

Last Updated on January 13, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026