MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA JUBLI PERAK KALI KE-3 BIL 1 TAHUN 2023

10 Januari 2023 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan mesyuarat Jawatakusa Kerja Sambutan Jubli Perak Kali Ke-3 Bil 1 Tahun 2023. Mesyuarat kali ini membentangkan keseluruhan cadangan program yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2023 bersempena Sambutan Jubli Perak JKSM.

Terlebih dahulu Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Hj Nassir Bin Hj Abdul Aziz yang mempengerusikan mesyuarat tersebut mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada ahli mesyuarat dan berharap tahun baharu ini memberikan semangat dan azam yang baru dalam melaksanakan pelbagai program jabatan pada tahun ini termasuk Sambutan Jubli Perak JKSM ini.

Pelbagai program menarik telah disusun dan mesyuarat berharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat sebagai suatu platform mempromosi perkhidmatan JKSM dan mengeratkan ukhuwwah di kalangan warga JKSM secara amnya.

Mesyuarat jawatankuasa kerja ini telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) dan jawatankuasa kerja yang telah dilantik.

Last Updated on January 10, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026