MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) TAHUN 2023

14 Jun 2023 (Rabu)- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Muzakarah Hakim-hakim Syarie Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Tahun 2023 pada 14 Jun 2023 (Rabu) di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Seramai 60 orang pegawai yang terdiri daripada YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman, YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sabah dan Sarawak telah menghadiri muzakarah pada kali ini.

Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh YA. Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM. Antara pengisian dalam Muzakarah pada kali ini adalah perbincangan isu-isu perundangan dan pentadbiran kehakiman serta pembentangan 3 kertas makluman dari JKSN Negeri Sarawak. Antaranya ialah berkaitan perluasan bidang kuasa Sulh, kertas makluman dari BSK Sarawak dan kertas makluman berkaitan Arahan Amalan No. 10/2021.

Sebagai sinergi kebersamaan antara JKSM & Zon Borneo, Muzakarah ini telah ditutup oleh YAA Datu’ Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak.

Disediakan oleh:

Urusetia Muzakarah Borneo, BPKR

Last Updated on June 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026