Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Bagi tujuan ini, JKSM telah mengambil tindakan dalam melaksanakan data terbuka ini.
Pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam hendaklah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam iaitu PEKELILING AM BIL 1/2015 PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM.
JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.






| MonMonday | TueTuesday | WedWednesday | ThuThursday | FriFriday | SatSaturday | SunSunday |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Feb 16, '26February 16, 2026 | Feb 17, '26February 17, 2026 | Feb 18, '26February 18, 2026 | Feb 19, '26February 19, 2026 | Feb 20, '26February 20, 2026 | Feb 21, '26February 21, 2026 | Feb 22, '26February 22, 2026 |