PEMBUDAYAAN KONSEP ITQAN DAN PEKA BAGI MENJAYAKAN PELAN TRANSFORMASI AL-FALAH

KUALA LUMPUR| YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie beserta pegawai kanan dan warga kerja JKSM telah menghadiri Majlis Perhimpunan Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketika menyampaikan amanat, YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa warga agensi agar membudayakan konsep itqan (tekun dan komited) dalam menjalankan amanah.

“Saya ingin mengingatkan ketua-ketua agensi dan warga kerja keseluruhannya agar lebih proaktif dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya apabila melibatkan keperluan masyarakat.”

“Begitu juga ketika mendepani era globalisasi-dasar langit terbuka tanpa sempadan ini, setiap warga perlulah peka terutamanya apabila melibatkan tohmahan palsu, fitnah dan kitar ulang isu. Ini kerana, sekiranya perkara negatif ini dibiarkan, pihak yang tidak bertanggungjawab akan selesa mengulang-ulang dan akhirnya mempengaruhi masyarakat lainnya pula,” tegas Menteri berkenaan.

Ketika majlis perhimpunan tersebut, Dato’ Setia Dr. Mohd. Na’im juga melancarkan Buku Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang akan menjadi dokumen panduan kerja bagi 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kita ada lima teras, 10 fokus gerak kerja dan lima nilai utama yang dibangunkan. Kita juga ada 21 strategi, 31 program, 11 keberhasilan yang hendak dicapai. Kefahaman, penghayatan kepada pelan ini bukan hanya kepada ketua agensi sahaja, namun perlu diserap oleh keseluruhan warga organisasi,” ujar beliau.

Untuk rekod, Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bangunan ‘Ilaj Home dari JAKIM kepada JAWI, Penyerahan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada JAKIM dan Penyerahan Sumbangan Wakaf kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan).

Kurator Berita

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on October 12, 2023

Kalendar JKSM

Events in September 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 31, 2026 September 1, 2026 September 2, 2026 September 3, 2026 September 4, 2026 September 5, 2026 September 6, 2026
September 7, 2026 September 8, 2026 September 9, 2026 September 10, 2026 September 11, 2026 September 12, 2026 September 13, 2026
September 14, 2026 September 15, 2026 September 16, 2026 September 17, 2026 September 18, 2026 September 19, 2026 September 20, 2026
September 21, 2026 September 22, 2026 September 23, 2026 September 24, 2026 September 25, 2026 September 26, 2026 September 27, 2026
September 28, 2026 September 29, 2026 September 30, 2026 October 1, 2026 October 2, 2026 October 3, 2026 October 4, 2026