Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan mampu bela nasib bekas isteri, anak-anak

Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah diharap mampu membela nasib golongan wanita yang berdepan kesukaran selepas penceraian.

Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah diharap mampu membela nasib isteri dan ibu tunggal yang sering terabai selepas berlakunya penceraian.

Walaupun ia baru di peringkat jawatankuasa pelaksana, banyak pihak berharap penubuhan institusi itu akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Persatuan Peguam Wanita, Meera Samanther positif bahawa penubuhan mahkamah khas itu mampu menangani kesusahan bukan sahaja golongan isteri, malah anak-anak mereka.

“Kami mengalu-alukan inisiatif ini kerana ia akan memberi beberapa cara untuk menangani masalah yang perlu ditanggung oleh isteri dan ibu tunggal.“

Penglibatan Bank Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan memperkuatkan lagi penguatkuasaan institusi itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Beliau turut berharap bahawa kerajaan juga akan mengkaji susunan yang sama untuk perkahwinan membabitkan bukan Islam.

Semalam, Kabinet telah meluluskan satu jawatankuasa khas bagi pelaksanaan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang mempunyai kuasa menyita harta lelaki culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Jawatankuasa khas berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bertindak sebagai penasihatnya.

Mujahid berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan sesi keterlibatan dengan semua pemegang taruh termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dijangka selesai sehingga hujung tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Srikandi Malaysia, Wan Ashima Kamaruddin menyatakan sokongannya apabila satu institusi pembelaan terhadap wanita akhirnya bakal dibangunkan.

“Banyak ibu tunggal yang kes mereka babitkan penganiayaan dan penipuan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jadi mahkamah ini boleh bantu menjaga hak kebajikan wanita termasuk yang berkahwin di sempadan dan suami akhirnya lepas tangan. Kita kena bantu atasi semua itu,” jelasnya.


Sumber: Astro Awani

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026
March 2, 2026 March 3, 2026 March 4, 2026 March 5, 2026 March 6, 2026(1 event) March 7, 2026 March 8, 2026
March 9, 2026 March 10, 2026 March 11, 2026 March 12, 2026 March 13, 2026 March 14, 2026 March 15, 2026
March 16, 2026 March 17, 2026(1 event) March 18, 2026 March 19, 2026 March 20, 2026 March 21, 2026 March 22, 2026
March 23, 2026 March 24, 2026 March 25, 2026 March 26, 2026 March 27, 2026 March 28, 2026 March 29, 2026
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026