PERTEMUAN KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERKAITAN MEDIASI/PENYELESAIAN ALTERNATIF KHUSUSNYA MENYENTUH ISU ISU PASANGAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Putrajaya| YAA Dato’ Hj Amran bin Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkesempatan untuk mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato Hasbi Binti Hasan, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertempat di Bilik Gerakan Aras 3, Istana Kehakiman Putrajaya.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh YA Dato’ Haji Abas bin Nordin dan YA Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Hakim Rayuan JKSM manakala bagi pihak Mahkamah Persekutuan dihadiri oleh YBrs Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh (Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya), YBrs Puan Maziah binti Joary (Pengarah Bahagian Mediasi dan Timbang Tara) dan pegawai kanan jabatan masing masing.

Perbincangan selama dua jam telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama antara Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur dan Unit Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan kes-kes kekeluargaan yang melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam. Mediasi atau Sulh tersebut akan menjadi alternatif utama ke arah penyelesaian kes-kes di kedua dua mahkamah yang melibatkan pasangan berlainan agama.

Selain itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan juga memaklumkan bahawa perkara ini memerlukan kepada ketetapan dasar kedua-dua agensi untuk memastikan ianya selaras dengan kehendak undang undang.

Untuk tindakan lanjut, Bahagian Dasar Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan akan membuat kajian lanjut berhubung perkara ini dan akan berkerjasama dengan Bahagian Dasar dan Penyeldikan JKSM bagi tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Last Updated on August 17, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024 May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024 May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024