SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

PUTRAJAYA | YAA Dato’ Haji Mohd. Amran Haji Mohd Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, peringkat JKSM bagi tahun 2023.

“Kemerdekaan ini sangat mahal kerana ia dicapai dengan pengorbanan jiwa dan raga perwira dan pemimpin terdahulu. Kemerdekaan bukan hanya dengan laungan semata, namun intipati untuk mengekalkan keharmonian, perpaduan dan memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah perlu menjadi keutamaan,” ujar Dato’ Haji Mohd. Amran Haji Mat Zain ketika merasmikan sambutan tersebut.

“Perpaduan bukan hanya diaplikasikan apabila melibatkan isu perbedaan kaum dan agama, namun perpaduan juga perlu diberi lebih penekanan dalam budaya kerja dan kesatuan dalam berorganisasi. Apabila wujudnya kesatuan hati, insya Allah segala urusan akan dipermudahkan dan diberkati Allah,” tambah beliau lagi.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diharapkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan warga JKSM, di samping memahami maksud tersirat di sebalik kemerdekaan tersebut.

Untuk rekod, sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa, gimik perasmian, deklamasi sajak oleh Puan Firdawaty Mohammad, penyerahan jalur gemilang, kibaran bendera Malaysia, di samping nanyian lagu patriotik.

Seterusnya sambutan ini diteruskan lagi dengan tayangan filem Leftenan Adnan bertempat di auditorium, Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP).

Terdahulu, Kuiz Kemerdekaan 2023 anjuran BPSMP telah diadakan bagi menguji tahap keprihatinan warga.

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Last Updated on September 4, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026