Semua Mahkamah Syariah beroperasi sepenuhnya mulai semalam

JKSM bersama Mahkamah Syariah negeri-negeri seluruh negara telah mengeluarkan garis panduan pasca PKP pada 18 Mei lepas. – Gambar fail

Semua Mahkamah Syariah di seluruh negara beroperasi semula sepenuhnya semalam, kata Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jun lepas.

Mohd Na’im berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan keadilan diteruskan serta operasi Mahkamah Syariah seluruh negara digerakkan selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak saya akan memastikan Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara akan mematuhi segala garis panduan keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan.

”Bagi prosedur perbicaraan dan pengurusan kes lama ataupun baharu, pelanggan boleh merujuk mahkamah berdekatan kerana ia ditetapkan mengikut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Na’im berkata JKSM bersama Mahkamah Syariah negeri-negeri seluruh negara telah mengeluarkan garis panduan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mei lepas melalui Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Hakim Syarie berkaitan pengurus kes pasca PKP.

Beliau turut menasihati pelanggan yang mempunyai urusan di mahkamah supaya sentiasa memakai pelitup separuh muka, diwajibkan melalui imbasan suhu badan di laluan masuk yang ditetapkan serta perlu merekodkan kehadiran yang diletakkan di pintu masuk Mahkamah Syariah.

“Pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan dan golongan berisiko dinasihatkan supaya tidak hadir ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, semua mahkamah syariah di seluruh negara ditangguh dan dilaksanakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19.

PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang memberikan lebih banyak kelonggaran kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.– BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026