Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Unit Integriti

Unit Integriti

Latar Belakang

Unit Integriti, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 [PP6/2013] yang memaklumkan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit Integriti JKSM merupakan salah satu unit yang ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Penubuhan Unit Integriti JKSM merupakan usaha kawalan dalaman jabatan untuk
menguruskan integriti dalam organisasi. Unit Integriti JKSM bertanggungjawab untuk
melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti yang berikut:

1. Tadbir Urus
 Memastikan tadbir urus terbaik dan efektif dilaksanakan di JKSM

2. Pengukuhan Integriti
 Mengenalpasti dan merangka program / aktiviti pengukuhan integriti
 Menganjurkan program / aktiviti pengukuhan integriti

3. Pengesanan Dan Pengesahan
 Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang
sewajarnya diambil.
 Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya
asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan
hasil siasatan kepada pihak urus setia Lembaga Tatatertib bagi tindakan
susulan.
 Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salahlaku tatatertib.
 Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang
bertanggungjawab.

4. Pengurusan Aduan
 Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat
mengenai salahlaku jenayah (disalurkan kepada agensi penguatkuasaan)
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
 Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran
serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku
jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
 Menyalurkan setiap aduan yang telah disemak kepada agensi yang
terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang mana berkaitan.

5. Pematuhan
 Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran, kewangan dan
undang-undang yang berkuatkuasa.

6. Tatatertib
 Mengendali dan menguruskan kes-kes tatatertib pegawai Kumpulan
Pengurusan dan professional serta kakitangan Kumpulan Sokongan di
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Sabah serta Pegawai-pegawai Syariah Gunasama Persekutuan Di
Seluruh Negeri.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

[language-switcher]

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2026. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.