Unit Sulh bantu segerakan penyelesaian kes

NAIM Mokhtar (kiri barisan belakang) dan Aminuddin Harun (barisan belakang kanan) menyaksikan MoU antara JKSNS dengan UIAM dan USIM di Bandar Sri Sendayan. FOTO MOHD AMIN JALIL.

PENUBUHAN unit sulh amat penting dalam menyelesaikan pertikaian antara dua pihak sebelum sesuatu kes itu dibawa ke peringkat perbicaraan di mahkamah.

Ketua Pengarah yang juga Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, unit itu membantu menyelesaikan kes dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos.

“Ia membantu pihak terbabit dalam menyelesaikan pertikaian mereka melalui perundingan bersama secara damai tanpa perlu hadir ke prosidin gperbicaraan dalam mahkamah.

“Malah melalui unit itu boleh mengurangkan kadar kes tertunggak di Mahkamah Syariah.

“Melalui penaiktarafan unit sulh ini, saya mengharapkan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Unit Sulh, JKSNS dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara JKSNS dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di JKSNS, di Bandar Sri Sendayan, Seremban, hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Razali Ab Malik; Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan Ketua Hakim Syarie JKSNS, Datuk Abas Nordin.

Unit Sulh di JKSNS ditubuhkan pada 1 September 2006 berdasarkan kepada Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (NS) 2003.

Dalam perkembangan lain, Mohd Naim berkata, JKSM sentiasa menggalakkan kakitangan jabatan itu terutama Hakim Syarie, Ketua Pendaftar dan pegawai sulh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sumber: Harian Metro

Last Updated on December 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2027

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 31, 2027 June 1, 2027 June 2, 2027 June 3, 2027 June 4, 2027 June 5, 2027 June 6, 2027
June 7, 2027 June 8, 2027 June 9, 2027 June 10, 2027 June 11, 2027 June 12, 2027 June 13, 2027
June 14, 2027 June 15, 2027 June 16, 2027 June 17, 2027 June 18, 2027 June 19, 2027 June 20, 2027
June 21, 2027 June 22, 2027 June 23, 2027 June 24, 2027 June 25, 2027 June 26, 2027 June 27, 2027
June 28, 2027 June 29, 2027 June 30, 2027 July 1, 2027 July 2, 2027 July 3, 2027 July 4, 2027