WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATTHAFAH NUSŪS FIQHIYYAH SYAR’IYYAH (MUGHNI AL-MUHTĀJ) LIL IMĀM KHATIB AL-SYIRBINĪ SIRI 1/2023

KHAMIS, 16 Februari 2023 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sentiasa istiqamah dalam rencananya memperkasakan kemahiran pembacaan dan pemahaman kitab-kitab turath dalam kalangan Pegawai Syariah melalui program-program yang dirangka dan dilaksanakan. Selari dengan aspirasi tersebut, Bahagian Latihan pada tahun ini, meneruskan siaran program Pengajian Turath Webinar Daurah Mukatthafah Nusūs Fiqhiyyah Syariyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbinī dengan sasaran peserta adalah terbuka kepada semua peringkat Pegawai Syariah seluruh Malaysia. Program yang diadakan ini bertujuan memenuhi matlamat Daurah iaitu pada memastikan kefahaman peserta terus diperteguhkan dengan prinsip fiqh mazhab syafie, perbahasan dan pandangan yang berpaksikan ulama mazhab tersebut yang terkandung dalam teks klasik Mughni al-Muhtaj.

.

Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang menyatakan komitmen di pihak bahagian untuk melaksanakan program latihan yang dapat melahirkan Pegawai-pegawai Syariah yang berkeupayaan membaca dan memahami turath Islami teruatamanya dalam parameter kehakiman dan perundangan Islam.

.

Daurah Siri 1 Tahun 2023 menampilkan panel penceramah pakar turath JKSM iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Yusof bin Mohamad Al-Hafiz dengan Hibah dan Mutaah menjadi induk kupasan. Di bawah topik Hibah, penceramah telah memfokuskan tentang syarat dan rukun serta kupasan isu-isu berkaitan ijab dan qabul seperti kedudukan hukum pemberian hibah secara lafaz kinayah, pemberian kepada kanak-kanak, orang bisu dan lain-lain lagi. Dalam konteks Mutaah pula, diskusi tentang kadar pemberian Mutaah serta kedudukan hukum pemberian mutaah apabila pasangan bercerai dalam keadaan isteri belum disetubuhi turut disentuh, serta kupasan-kupasan menarik lain yang disesuaikan dengan konteks terkini.

.

Program Webinar Intensif Daurah Mukatthafah Nusūs Fiqhiyyah Syar’iyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbini Siri 1/2023 ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari serta dijangka akan bersiaran buat kali kedua pada tahun ini iaitu pada 14 April 2023 (Jumaat).

Jumpa lagi di siri yang ke-2, insya Allah.

Last Updated on February 16, 2023

Kalendar JKSM

Events in October 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 29, 2025 September 30, 2025 October 1, 2025(1 event) October 2, 2025 October 3, 2025 October 4, 2025 October 5, 2025
October 6, 2025 October 7, 2025 October 8, 2025(2 events) October 9, 2025 October 10, 2025 October 11, 2025 October 12, 2025
October 13, 2025 October 14, 2025(3 events) October 15, 2025(2 events) October 16, 2025(1 event) October 17, 2025 October 18, 2025 October 19, 2025
October 20, 2025 October 21, 2025(1 event) October 22, 2025 October 23, 2025(1 event) October 24, 2025 October 25, 2025 October 26, 2025
October 27, 2025(2 events) October 28, 2025(1 event) October 29, 2025 October 30, 2025 October 31, 2025(1 event) November 1, 2025 November 2, 2025