KUALA LUMPUR – Prof. Ahmad Ibrahim Intellectual Heritage Forum 2025 anjuran AIKOL Law Society berlangsung dengan menghimpunkan tokoh perundangan, ahli akademik dan mahasiswa dalam usaha memperingati sumbangan besar Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim terhadap perkembangan undang-undang di Malaysia.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Br. Nu’man bin Azham, Director AIKOL Law Society yang menegaskan komitmen mahasiswa AIKOL untuk meneruskan legasi ilmiah Prof. Ahmad Ibrahim melalui penyelidikan, wacana dan penglibatan kritikal dalam isu-isu perundangan semasa.
Ucapatama disampaikan oleh YAA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM. Beliau menekankan bahawa warisan Prof. Ahmad Ibrahim bersifat inklusif dan menjadi asas penting kepada pembangunan sistem perundangan moden, termasuk peranan beliau dalam merangka reformasi perlembagaan seperti Perkara 121(1A). YAA Dato’ turut mengajak generasi baharu untuk meneruskan visi tokoh tersebut dengan keberanian intelektual, disiplin akademik dan integriti perundangan.
Forum 1, menampilkan panelis Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican dan En. Al-Sabri Ahmad Kabri, dengan En. Asyraf Hakimi Zaid sebagai moderator, membincangkan pemikiran realistik Prof. Ahmad Ibrahim, termasuk usaha beliau menyatukan prinsip undang-undang Islam dan Common Law serta kesannya terhadap kerangka perundangan negara.
Forum 2, bersama panelis Prof. Dr. Najibah Mohd Zin, Datuk Lukman Sheriff Alias dan Tuan Aidil Khalid, dikendalikan oleh Assoc. Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz. Sesi ini memberi tumpuan kepada masa depan reformasi kehakiman Syariah, isu-isu berkaitan Perkara 121(1A) serta keperluan penyelarasan sistem undang-undang bagi menjamin keharmonian perlembagaan.
Turut hadir sebagai tetamu VIP ialah Prof. Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Timbalan Dekan AIKOL, dan En. Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, Director & Chairman of Advisory Committee EnCorp Berhad.
Secara keseluruhan, forum ini berperanan sebagai platform penting dalam menghidupkan kembali pemikiran strategik dan progresif Prof. Ahmad Ibrahim serta mengukuhkan tekad warga perundangan dan mahasiswa untuk meneruskan warisannya dalam pembangunan sistem perundangan Islam Malaysia.
𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡/ 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Last Updated on December 6, 2025







