π·π¨πΊπ°πΉ π·πΌπ»π¬π― | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia membuka tirai tahun baharu 2026 dengan penganjuran Program Santuni Madani YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang berlangsung di Pondok Sri Permai, Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, pagi ini.
Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu telah disempurnakan oleh YAA Datoβ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, sebagai manifestasi komitmen berterusan JKSM dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan rahmah dan kebajikan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ketibaan YAA Datoβ Ketua Pengarah telah disambut mesra oleh warga Pondok Sri Permai serta tetamu jemputan. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Mudir Pondok Sri Permai, Al-Fadhil Baba Harfan bin Abdul Hamid sebelum YAA Datoβ Ketua Pengarah menyampaikan ucapan seterusnya menzahirkan hasrat JKSM untuk terus memperkukuh hubungan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat di Kampung Angkat Ketua Pengarah JKSM.
Kemuncak program ialah Majlis Penyampaian Sumbangan Program Santuni Madani oleh YAA Datoβ Ketua Pengarah kepada pihak pelajar-pelajar Pondok Sri Permai, sebagai simbol keprihatinan dan sokongan JKSM terhadap institusi pendidikan Islam dan kebajikan ummah.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari serta lawatan ke Kebun Tin Pantai Timur, AY Benefigs Farm, yang dimiliki oleh Datuk Nazry Mohamad Nor, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan, sebelum majlis bersurai pada jam 1.00 tengah hari bagi memberi ruang kepada pelaksanaan Solat Jumaat.
Penganjuran Program Santuni Madani dengan kolabrasi pelbagai pihak ini mencerminkan peranan JKSM bukan sahaja sebagai institusi kehakiman, malah sebagai agensi yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat, sejajar dengan prinsip βSyariah Asas Keadilanβ dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras pentadbiran negara.
Untuk rekod, Pondok Sri Permai, sebuah institusi yang dekat di hati masyarakat dan kaya dengan sejarah keilmuan. Pondok ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan diasaskan oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Daud Al-Fathoni, serta dirasmikan pada tahun 1990 oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ketika itu. Pondok Sri Permai juga telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
π·ππππππ π²ππππ π·πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ.

Last Updated on January 3, 2026







