π€ππ‘π„π’πˆπ€π’πˆ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π‰πŠπ’πŒ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π€π†π€πŒπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Seramai 41 warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Hal Ehwal Agama Tahun 2024 yang berlangsung penuh gemilang di Hotel Everly, Putrajaya.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi bersama Timbalan Menteri, YB Dr. Zulkifli Hasan, dengan disaksikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.

Penganjuran majlis ini merupakan kolaborasi bersama antara agensi-agensi Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertujuan untuk menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi luar biasa, dedikasi tinggi dan komitmen berterusan dalam perkhidmatan. Keseluruhan adalah seramai 377 warga agensi Hal Ehwal Agama yang diraikan dimana ia merupakan simbol kecekalan, integriti dan itqan mereka!

JKSM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga kecemerlangan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja JKSM dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

β€œπ‘»π’†π’“π’–π’”π’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’„π’†π’Žπ’†π’“π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π’…π’†π’Žπ’Š π‘°π’”π’π’‚π’Ž π’Žπ’†π’Œπ’‚π’“ π’…π’Š π’ƒπ’–π’Žπ’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚.”

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on April 24, 2025

Kalendar JKSM

April 20, 2026