π‰πŠπ’πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π”πˆπ€πŒ: π‰π€π‹πˆππ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini menerima lawatan akademik daripada seramai 65 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bertujuan memperkukuh pemahaman mengenai peranan dan fungsi JKSM dalam sistem kehakiman syariah di Malaysia.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, pada petang ini berkesempatan turut beramah mesra dengan delegasi yang hadir pada sesi lawatan pada hari ini.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs Puan Siti Maszuriyati Aziz, Pengarah Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan JKSM, yang turut mengalu-alukan kehadiran para pelajar. Dalam ucapan beliau, Puan Siti menekankan pentingnya kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan memahami kehakiman syariah.

Taklimat informatif telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, yang memberikan pendedahan menyeluruh mengenai struktur dan fungsi JKSM. Seterusnya, Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, berkongsi peranan bahagian tersebut dalam menyokong kesejahteraan institusi keluarga melalui pendekatan syariah.

Lawatan ini turut menyaksikan sesi soal jawab yang interaktif, di mana pelajar UIAM mengambil peluang mengemukakan pelbagai soalan berkaitan kehakiman syariah. Respons positif dan semangat ingin tahu para pelajar mencerminkan keterujaan mereka untuk memahami lebih mendalam peranan JKSM.

Delegasi juga dibawa melawat Perpustakaan Al-Ghazali, pusat rujukan utama yang kaya dengan sumber-sumber syariah, serta Galeri JKSM yang memaparkan sejarah dan pencapaian jabatan ini.

Lawatan ini tidak hanya membuka ruang perkongsian ilmu tetapi turut memperkukuh hubungan strategik antara JKSM dan institusi pendidikan seperti UIAM, sejajar dengan usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on December 3, 2024

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026