π˜π€π€ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ πŒπ„ππˆππ‰π€π” πŠπ€π–π€π’π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 ππ€ππ‰πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππ“π”ππˆ πŒπ€ππ†π’π€ πƒπˆ ππ€π’πˆπ‘ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇

𝑷𝑨𝑺𝑰𝑹 𝑷𝑼𝑻𝑬𝑯 | Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, telah turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Angkat Madani beliau di Pasir Puteh, Kelantan. Ia sebagai tanda solidariti terhadap arahan YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan membantu meringankan beban mangsa yang terkesan akibat bencana banjir.

Penyampaian sumbangan awal ini adalah sejajar dengan seruan YB Menteri menerusi Kenyataan Media beliau semalam agar semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berganding bahu dalam membantu masyarakat terjejas.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran menegaskan bahawa sumbangan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan agensi kerajaan terhadap nasib mangsa bencana. Ia adalah usaha kolektif bagi menyahut arahan kerajaan Madani untuk mendekati masyarakat dan membantu mereka mengatasi cabaran pasca banjir dan berharap bantuan awal ini mampu memberi kelegaan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji.

Selain itu, Beliau juga menyeru seluruh masyarakat khususnya Persatuan Pegawai Syariah Malaysia melancarkan tabung kutipan Derma dan mengatur gerak kerja membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana dibeberapa buah negeri yang terkesan.

Untuk Rekod, penyerahan awal sumbangan ini dilaksanakan oleh YAA Dato Haji Amran bin Haji Mat Zain sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat penyelarasan Program Santuni Madani Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM di sini hari ini.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on December 4, 2024

Kalendar JKSM

Events in September 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 31, 2026 September 1, 2026 September 2, 2026 September 3, 2026 September 4, 2026 September 5, 2026 September 6, 2026
September 7, 2026 September 8, 2026 September 9, 2026 September 10, 2026 September 11, 2026 September 12, 2026 September 13, 2026
September 14, 2026 September 15, 2026 September 16, 2026 September 17, 2026 September 18, 2026 September 19, 2026 September 20, 2026
September 21, 2026 September 22, 2026 September 23, 2026 September 24, 2026 September 25, 2026 September 26, 2026 September 27, 2026
September 28, 2026 September 29, 2026 September 30, 2026 October 1, 2026 October 2, 2026 October 3, 2026 October 4, 2026