Tujuan lawatan
(1) Mengetahui perkembangan terkini gerak kerja pindaan undang-undang syariah di Negeri Selangor khususnya berkaitan cadangan mewujudkan Mahkamah Utama Syariah
(2) Mengenal pasti tindakan yang diperlukan bagi mengatasi sesuatu aduan.
(3) Menjalankan pemantauan dari masa ke semasa terhadap aktiviti pengurusan kes termasuk kes peringkat semakan dan rayuan di Jakess.
Perkembangan input telah dikongsikan oleh YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor dan Penolong Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri Selangor.
Untuk makluman, YAA Dato’ KP/KHS juga berhasrat mengadakan kunjungan dan lawatan mengejut ke negeri-negeri berkaitan selepas ini.
Untuk rekod sebelum ini Mahkamah Syariah Sarawak telah berkongsi pengalaman berkaitan kemajuan penggunaan AI dalam pengendalian kes di Mahkamah Syariah.
Pada 12/08/2025 YAA Dato’ KP telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan diberi taklimat gerak kerja dan sesi libat urus bersama agensi berkaitan draf RUU Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Pada hari ini 14/08/2025 giliran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pula berkongsi input berkaitan perkembangan RUU Mahkamah Syariah Negeri Selangor dan cadangan pindaan undang-undang syariah di negeri Selangor
Antara tujuan lawatan dan tinjauan ini adalah untuk melihat gerak kerja ke arah mewujudkan Mahkamah Utama Syariah dan kelancaran pengurusan kes terutama melibatkan kes-kes di peringkat rayuan.
π·ππππππ π²ππππ π·πππππππ/π²ππππ π―ππππ πΊπππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ

Last Updated on August 14, 2025




