πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 πŠπŽππ•πŽπˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π‹πˆπ“π„π‘π€π’πˆ 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ & π‚π€πŠππ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Pelepasan Konvoi Madani 2025 sempena Program Literasi Undang-Undang Syariah & Cakna Madani peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di perkarangan Lobi JKSM, Putrajaya.

Majlis yang menghimpunkan lebih 30 penyertaan motosikal dan kenderaan ini disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM. Program ini dianjurkan dengan kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, YADIM, Zakat Pulau Pinang, Persatuan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia, Kelab Kebajikan Sukan JKSM serta agensi-agensi lain.

Majlis dimulakan dengan ketibaan peserta-peserta konvoi seawal jam 8.00 pagi, disusuli ketibaan tetamu kehormat dan ucapan aluan oleh YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman, Presiden PPSM. Dalam ucapannya, beliau menekankan peri pentingnya jaringan ukhuwah antara pegawai-pegawai Syariah seluruh negara melalui pendekatan dakwah lapangan yang lebih dekat dengan komuniti.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran dalam ucapannya pula menzahirkan komitmen JKSM dalam memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap kefahaman undang-undang Syariah yang lestari, inklusif dan responsif terhadap isu-isu semasa. Beliau turut menyifatkan penganjuran konvoi ini sebagai satu pendekatan mesra rakyat yang mampu mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat pelbagai lapisan.

Tepat jam 9.00 pagi, konvoi dilepaskan secara rasmi menuju ke destinasi utama di White Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang. Konvoi ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kehakiman Syariah dari seluruh negeri-negeri.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan pemahaman masyarakat terhadap fungsi serta peranan institusi kehakiman Syariah, di samping menjalin jaringan kerjasama dengan komuniti setempat menerusi pendekatan dakwah dan advokasi undang-undang secara santai dan interaktif.

Program Literasi Undang-Undang Syariah & Cakna Madani dijadualkan berlangsung pada 9-11 Julai 2025 di Balik Pulau, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik seperti ceramah, khidmat nasihat guaman Syariah, aktiviti komuniti, penyampaian sumbangan serta sesi libat urus bersama agensi tempatan dan masyarakat setempat.

JKSM dan JKSNPP melalui inisiatif ini terus melangkah ke hadapan dalam mendukung hasrat Malaysia MADANI dan gagasan Islam Mekar di Bumi Malaysia melalui pendekatan yang lebih proaktif, mesra rakyat dan mendidik secara berhemah.

𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃 π‘²π’†π’ƒπ’‚π’‹π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’–π’Œπ’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on July 9, 2025

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026