πŒπ„π‘π„π€π‹πˆπ’π€π’πˆπŠπ€π 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 πŠπ„πˆπ‹πŒπ”π€π: ππ‘πŽπ‰π„πŠ π€πŠπ’πŒ πƒπˆπŒπ”π‹π€πŠπ€π

𝑩𝑨𝑡𝑫𝑨𝑹 𝑬𝑡𝑺𝑻𝑬𝑲 | YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), telah mengetuai satu lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi strategik yang dirancang bagi projek pembangunan AKSM, sebuah pusat latihan unggul yang bakal menjadi simbol kemajuan dalam sistem kehakiman syariah di Malaysia.

Program hari ini dimulakan dengan Mesyuarat Permulaan (kick off) Projek AKSM yang diadakan di JKSM bagi membincangkan pelan pelaksanaan projek pembinaan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Analiza binti Zakaria, Arkitek Penguasa Kanan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Turut hadir adalah wakil-wakil dari Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, dan Cawangan Kejuruteraan Elektrikal JKR, serta wakil daripada Jabatan Perdana Menteri dan pengurusan tertinggi JKSM.

Setelah sesi mesyuarat, program diteruskan dengan lawatan ke tapak cadangan pembinaan, di mana YAA Dato’ Haji Mohd Amran dan delegasi meninjau lokasi yang bakal menempatkan AKSM. Turut menyertai lawatan ini ialah pegawai kanan JKSM, termasuk Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar JKSM; Puan Azlina Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan); Tuan Amiruddin bin Hamzah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia; dan Puan Mazlina Hussein, Pengarah Bahagian Latihan.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran menegaskan pentingnya pembangunan AKSM sebagai langkah strategik untuk menyediakan pusat latihan yang kondusif, moden, dan mampu memenuhi keperluan kehakiman syariah masa kini dan masa hadapan. Beliau turut mengingatkan semua pihak yang terlibat agar memastikan perancangan dan pembangunan ini dilaksanakan dengan teliti, menepati piawaian profesional, serta sejajar dengan keperluan institusi kehakiman syariah.

Projek ini diiktiraf sebagai satu mercu tanda penting dalam usaha JKSM untuk memartabatkan keadilan syariah di Malaysia. Kehadiran dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat serta lawatan ini mencerminkan kesungguhan JKSM untuk memastikan kejayaan projek ini sebagai pusat latihan bertaraf Global.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on December 3, 2024

Kalendar JKSM

Events in February 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 26, 2026 January 27, 2026 January 28, 2026 January 29, 2026 January 30, 2026 January 31, 2026 February 1, 2026
February 2, 2026 February 3, 2026 February 4, 2026 February 5, 2026 February 6, 2026 February 7, 2026 February 8, 2026
February 9, 2026 February 10, 2026 February 11, 2026 February 12, 2026 February 13, 2026 February 14, 2026 February 15, 2026
February 16, 2026 February 17, 2026 February 18, 2026 February 19, 2026 February 20, 2026 February 21, 2026 February 22, 2026
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026