๐ฉ๐จ๐ต๐ฎ๐ฐ | Pertandingan Anugerah Inovasi (AI) dan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada 11 hingga 12 Ogos 2025 bertempat di Institut Semarak Felda, Bangi. Tahun ini menyaksikan penglibatan sebanyak 13 agensi dan jabatan di bawah JPM, berbanding hanya 10 agensi/jabatan pada tahun 2024.
Peningkatan penyertaan dengan jumlah peserta pada tahun 2024 iaitu 211 peserta kepada 289 peserta pada tahun 2025. Dengan pertambahan seramai 78 peserta atau peningkatan sekitar 37%. Dari segi jenis projek yang dipertandingkan, sebanyak 10 projek fizikal dan 27 projek aplikasi telah dipersembahkan pada tahun ini, yang menggambarkan peralihan fokus ke arah pembangunan penyelesaian berasaskan aplikasi dan teknologi digital.
Penyertaan JKSM dalam Pertandingan Anugerah Inovasi dan KIK JPM 2025
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menghantar dua (2) pasukan iaitu I-Stellar dan De Kutubkhanah, yang melibatkan penyertaan pegawai daripada Bahagian Latihan, Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP), serta Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).
Penyertaan ini merupakan inisiatif strategik JKSM dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah melalui idea baharu dan penyelesaian kreatif terhadap isu-isu pentadbiran dan pengurusan. Ia juga membuka ruang kepada pegawai JKSM untuk menonjolkan bakat, kepakaran serta daya cipta dalam menyelesaikan masalah secara sistematik dan berimpak tinggi, di samping memupuk budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan penjawat awam, khususnya pegawai Syariah.
Pembentangan Pasukan
De Kutubkhanah (Kategori KIK)
Pasukan De Kutubkhanah telah mempersembahkan projek inovasi pengurusan perpustakaan dan sumber maklumat digital JKSM yang bertujuan meningkatkan aksesibiliti, mempercepat proses pencarian bahan rujukan, dan mengoptimumkan penggunaan sistem katalog elektronik. Melalui pendekatan ini, pasukan berjaya mengurangkan masa pemprosesan kelulusan Jurnal Hukum, meningkatkan kepuasan pengguna dalaman, serta menyokong inisiatif hijau melalui pengurangan penggunaan kertas.
I-Stellar โ e-Konsultasi (Kategori Anugerah Inovasi)
Pasukan I-Stellar telah membentangkan projek e-Konsultasi, iaitu sebuah platform digital yang membolehkan proses khidmat nasihat dan konsultasi Syariah dijalankan secara atas talian. Inovasi ini memanfaatkan teknologi komunikasi video dan sistem tempahan janji temu berjadual, sekali gus memudahkan akses masyarakat kepada perkhidmatan perundangan Syariah tanpa perlu hadir secara fizikal. Sistem ini telah berjaya meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan masa menunggu, serta memperluas capaian khidmat nasihat kepada pengguna di seluruh negara.
Secara keseluruhannya, penyertaan kedua-dua pasukan JKSM dalam pertandingan ini bukan sahaja mempamerkan daya saing jabatan dalam bidang inovasi, malah memperkukuh reputasi JKSM sebagai agensi yang progresif, berdaya cipta dan komited terhadap penambahbaikan berterusan demi manfaat rakyat dan sistem kehakiman Syariah di Malaysia.
Ucapan sekalung tahniah kepada semua peserta (pasukan De Kutubkhanah dan I-Stellar), serta urus setia yang terlibat di atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan. Semoga usaha ini membuahkan hasil dan kemenangan berpihak jua kepada JKSM.
Amin Ya Rabbal โAlamin.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐
๐ฑ๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐

Last Updated on August 25, 2025







