π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πŠπ’πŒ) π’π„πŒπ€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€π†π„ππ’πˆ 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyemarakkan semangat patriotism dengan sama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Hal Ehwal Agama Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada 21 Ogos 2025. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh Warga daripada 14 Agensi Hal Ehwal Agama.

Penyertaan delegasi JKSM pada majlis tersebut diketuai oleh Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan), bersama-sama pegawai dan kakitangan JKSM sebagai tanda sokongan padu terhadap penghayatan semangat kecintaan kepada negara serta mengingatkan warga JKSM tentang pengorbanan pejuang tanah air serta amanah mempertahankan kemerdekaan. Ia menyuntik rasa syukur, bangga, dan semangat untuk terus berkhidmat kepada negara.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Timbalan Menteri menegaskan bahawa kemerdekaan adalah nikmat dan amanah Ilahi yang mesti dipelihara dengan penuh tanggungjawab melalui pelaksanaan keadilan, pengukuhan perpaduan serta penghayatan nilai-nilai murni. Ia juga peringatan bahawa kita bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi kebangkitan jiwa untuk membina bangsa yang merdeka, bermaruah dan berteraskan Islam.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Agensi-Agensi Hal Ehwal Agama termasuk JKSM atas penyertaan dan peranan penting dalam memperkukuh syiar Islam. Ini termasuk peranan JKSM yang sentiasa memperkasa sistem perundangan Syariah dan memastikan keharmonian serta kemakmuran negara terus terpelihara. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Komitmen padu daripada Ketua-Ketua Agensi Hal Ehwal Agama dan barisan urus setia membuktikan bahawa kita mampu membawa kelainan yang bermakna untuk dihayati bersama.

Mengakhiri ucapan beliau, YB Senator Timbalan Menteri menyeru kepada semua sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba ini, marilah semua bersatu hati, mengikat ukhuwah dan memperkukuh jati diri Islam sebagai teras negara bangsa. Dengan semangat Malaysia MADANI, kita membela hak dan keadilan pusaka ini agar agama terus terpelihara, umat terus sejahtera, dan kemerdekaan kita benar-benar bermakna di sisi Allah SWT.

Menarik pada majlis tersebut jua, diadakan Pertandingan Gaya Batik Kebangsaan 2025 di mana ia mengangkat inisiatif Warga Agensi Hal Ehwal Agama yang hadir dengan busana batik bersama sentuhan dan elemen kemerdekaan dalam pemakaian mereka. Lebih membanggakan, pertandingan ini dimenangi oleh Pegawai Mystep JKSM iaitu Encik Adza Danial Haiqal bin Martias sebagai Juara. Hadiah pertandingan disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sila Like, Share dan Comment

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on August 21, 2025

Kalendar JKSM

Events in August 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 28, 2025(2 events) July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025
August 4, 2025 August 5, 2025 August 6, 2025 August 7, 2025 August 8, 2025 August 9, 2025 August 10, 2025
August 11, 2025(1 event) August 12, 2025(1 event) August 13, 2025 August 14, 2025 August 15, 2025(2 events) August 16, 2025 August 17, 2025
August 18, 2025(2 events) August 19, 2025 August 20, 2025 August 21, 2025 August 22, 2025 August 23, 2025 August 24, 2025
August 25, 2025 August 26, 2025 August 27, 2025 August 28, 2025 August 29, 2025 August 30, 2025 August 31, 2025