𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆ π‰ππŒ (𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€) π‘π€π’πŒπˆπŠπ€π πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€πˆπ„ πŸπŸ’πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ“ & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 β€œπ“πˆππ“π€ 𝐒𝐔𝐋𝐇” – πŒπ„πŒπ€π‘π“π€ππ€π“πŠπ€π ππ„ππ˜π„π‹π„π’π€πˆπ€π ππ„π‘π“πˆπŠπ€πˆπ€π 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐇

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),YB Senator Dato’ Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, petang ini hadir merasmikan Majlis Iftar Jamaie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis ini turut mencatat sejarah dengan pelancaran β€œπ‘»π’Šπ’π’•π’‚ 𝑺𝒖𝒍𝒉, 𝑱𝑲𝑺𝑴”, sebuah inisiatif penting dalam memperkukuh sistem penyelesaian pertikaian secara Sulh di Malaysia.

Majlis anjuran bersama JKSM, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM (KKS) ini bertujuan mengeratkan hubungan antara warga kehakiman syariah serta masyarakat, selain menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan.

Acara bermula dengan ketibaan tetamu jemputan pada jam 6.00 petang, diikuti dengan ucapan Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Seri Haji Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Federation of Malaysian Business Association (FMBA), serta YAA Dato’ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syariee JKSM.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menegaskan kepentingan institusi kehakiman syariah dan PPSM dalam menjaga kebajikan para pegawai Syariah dan masyarakat Islam, termasuk mempromosikan pendekatan penyelesaian pertikaian secara Sulh. Beliau turut melancarkan β€œTinta Sulh, JKSM”, sebuah makalah yang menghimpunkan koleksi penulisan Pegawai Sulh dari seluruh negara.

“Saya berharap makalah ini dapat membantu masyarakat memahami kaedah penyelesaian pertikaian menerusi Sulh, mengarusperdanakan peranannya serta memberikan input berharga kepada institusi perundangan dan kehakiman syariah bagi memperkasakan lagi sistem penyampaiannya,” ujar beliau.

Majlis ini turut diserikan dengan sesi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf oleh YB Menteri, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan kehakiman syariah dalam menyantuni masyarakat, tetapi juga menandakan satu lagi langkah strategik dalam memperkasakan sistem penyelesaian pertikaian syariah di Malaysia menerusi platform Tinta Sulh, JKSM.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on March 11, 2025

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026