๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐—•๐—จ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š โ€“ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—ž๐—ฆ๐— ) ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก (๐Ÿด) ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ & ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun perpisahan bukan noktah kepada sebuah perjalanan bakti. Majlis Persaraan 2025 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diadakan di Hotel Zenith Putrajaya pada 9 September 2025 menjadi saksi penghargaan yang tulus buat mereka yang pernah berjuang bersama-sama Jabatan ini.

Majlis yang berlangsung meriah dan penuh rasa kekeluargaan ini meraikan pesara iaitu Tuan Haji Subardi bin Deraman, Encik Zainal bin Arshad, Puan Rosmawani binti Mat Desa, Puan Halinah binti Jamion dan Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Mohd Shukor bin Sabudin.

Turut diraikan namun tidak dapat hadir kerana urusan peribadi ialah Puan Aziah binti Sarlan, Puan Ruzaily binti Zainudin dan Tuan Masri bin Masud. Walau tidak bersama secara fizikal, jasa dan pengorbanan mereka tetap terpahat dalam sanubari seluruh warga JKSM.

Mewakili pesara, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Mantan Hakim Mahkamah Syariah 1 menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKSM atas penganjuran majlis yang disifatkan sebagai tanda kasih dan penghormatan Jabatan kepada pesara yang telah mencurah khidmat bakti sepanjang meniti perjalanan di pentas perkhidmatan.

YAA Datoโ€™ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM semasa ucapan penghargaan beliau, menegaskan bahawa para pesara adalah insan-insan yang telah banyak menyumbang masa, tenaga dan buah fikiran demi memastikan kelancaran operasi serta keadilan dalam sistem kehakiman dan perundangan Syariah negara.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak seluruh Warga JKSM atas segala jasa, penat lelah dan pengorbanan yang tidak ternilai. Segala nasihat, panduan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan oleh para pesara akan menjadi bekalan dan obor penyuluh kepada Warga JKSM yang masih berkhidmat, untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan Syariah di tanah air tercinta ini.

Majlis persaraan ini turut diserikan dengan kehadiran lebih 130 Warga JKSM yang hadir memberi sokongan padu walaupun sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat, sekali gus menggambarkan semangat kebersamaan seluruh Warga Jabatan dalam menghargai jasa pesara yang diraikan.

Sesungguhnya, sepanjang tempoh perkhidmatan, para pesara ini bukan sahaja menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab, bahkan sentiasa menjadi pembimbing, penasihat dan pendorong kepada generasi baharu. Jasa mereka umpama pelita yang menerangi jalan, pengorbanan mereka umpama sungai yang mengalir tanpa henti, demi kelancaran sistem kehakiman Syariah di negara ini.

Majlis ini menjadi saksi bahawa pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para pesara tidak akan pernah luput dari ingatan. Sebaliknya, ia akan terus dikenang dan terpahat kukuh sebagai sebahagian daripada sejarah kegemilangan JKSM, ibarat bintang yang tetap berkelip menerangi perjalanan, menjadi sumber ilham, panduan dan kekuatan kepada generasi Warga JKSM yang masih berbakti untuk meneruskan legasi perjuangan.

๐‘ผ๐’๐’Š๐’• ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐’๐’“๐’‘๐’๐’“๐’‚๐’•

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

Last Updated on September 9, 2025

Recent Posts

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐‰๐Š๐’๐Œ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐“๐˜๐“ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐‘๐„๐๐”๐๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐ˆ๐‘

Read More ยป

๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐—•๐—จ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š โ€“ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—ž๐—ฆ๐— ) ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก (๐Ÿด) ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ & ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Read More ยป

Follow Us

Kalendar JKSM

Events in September 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 1, 2025 September 2, 2025 September 3, 2025 September 4, 2025 September 5, 2025 September 6, 2025 September 7, 2025
September 8, 2025 September 9, 2025 September 10, 2025 September 11, 2025 September 12, 2025 September 13, 2025 September 14, 2025
September 15, 2025 September 16, 2025 September 17, 2025 September 18, 2025 September 19, 2025 September 20, 2025 September 21, 2025
September 22, 2025 September 23, 2025 September 24, 2025 September 25, 2025 September 26, 2025 September 27, 2025 September 28, 2025
September 29, 2025 September 30, 2025 October 1, 2025 October 2, 2025 October 3, 2025 October 4, 2025 October 5, 2025