Berhati-hati dapatkan khidmat nasihat guaman syarie

Kebelakangan ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah mengenalpasti beberapa perkara berikut:

  • Terdapat orang perseorangan atau syarikat yang menawarkan atau mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie dan/atau menawarkan khidmat menyediakan dokumen tuntutan di mahkamah syariah dengan bayaran tertentu. Akan tetapi orang, syarikat atau firma tersebut bukanlah firma peguam syarie, malah individu berkenaan bukan peguam syarie yang beramal atau mempunyai tauliah peguam syarie yang sah.
  • Terdapat orang perseorangan atau syarikat yang menawarkan pakej membawa pasangan bernikah ke luar negara dengan bayaran tertentu, dan kemudian membantu pasangan mendaftarkan pernikahan tersebut di mahkamah syariah dengan membantu pasangan menyiapkan dokumen permohonan/tuntutan mahkamah, dan sebagainya.

PGSM mewakili peguam syarie seluruh negara memandang serius tindakan individu atau syarikat tersebut di atas.

PGSM menyeru dan menasihatkan masyarakat Islam supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat guaman daripada mana-mana individu atau syarikat yang bukan daripada kalangan peguam syarie yang bertauliah, yang menawarkan atau mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie atau menawarkan khidmat menyediakan dokumen tuntutan/permohonan di sahkamah syariah.

PGSM menegaskan, mana-mana individu atau syarikat yang mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie atau menyediakan dokumen tuntutan/permohonan di mahkamah syariah dengan bayaran tertentu di mana-mana akhbar atau media sosial, berkebarangkalian besar bukan seorang/syarikat peguam syarie yang sah, kerana menurut Etika No 41, Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) No4 Tahun 2002 menyatakan, “seorang peguam syarie tidak boleh mengiklankan dirinya.”

Sehubungan itu, PGSM menasihati orang awam yang berurusan di mahkamah syariah agar berhati-hati dan tidak berurusan atau menggunakan khidmat individu atau syarikat yang bukan dari kalangan peguam syarie bertauliah/beramal.

PGSM menasihatkan orang awam supaya mendapatkan nasihat guaman syarie daripada peguam syarie yang sah.

Orang awam boleh menyemak dan mendapatkan senarai nama peguam syarie bertauliah di kaunter mahkamah atau boleh menyemak di laman web mahkamah sSyariah yang berkenaan, atau boleh menghubungi pihak persatuan.


MUSA AWANG ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)​

Sumber: Malaysia Kini

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026