COVID-19: JAKIM tubuh MyCareCov19, bagi sokongan emosi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCov19 yang beroperasi di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM, Aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata Bilik Gerakan MyCareCoV19 yang mula beroperasi sepenuhnya mulai semalam sebahagian inisiatifMyCareCoV19 ditubuhkan JAKIM.

Menurutnya, ia turut mendapat kerjasama agensi agama lain di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Inisiatif ini juga mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

“Modus operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan agama melalui perkongsian rasa, khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hakimah berkata, selain itu langkah proaktif dilakukan MyCareCoV19 itu adalah dengan menghubungi kumpulan sasar dicadangkan KPWKM, KPKT, KBS dan KWP.

“Seramai lapan petugas dan 20 kaunselor akan terbabit secara harian dalam memberi khidmat kepada kumpulan sasar.

“Bilik Gerakan MyCareCov19 boleh dihubungi melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau boleh juga menulis melalui emel kepada mycarecov19@islam.gov.my,” katanya.

Beliau berkata, petugas juga akan menghubungi kumpulan sasar melalui talian 03-88707000.

“Hari pertama bilik gerakan ini beroperasi semalam, sebanyak 43 panggilan dan 12 e-mel yang diterima daripada pelanggan dan lima panggilan susulan kes,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026