KUNJUNG HORMAT HAKIM RAYUAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DAN KETUA HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA KEPADA MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA

5 April 2023 | Rabu – Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Kunjung hormat ke atas Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Kunjung hormat tersebut telah di adakan di Pejabat Mufti Negeri Melaka. Delegasi JKSM diketuai oleh YA Dato’Haji Mohd Amran bin Mat Zain Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM bersama dengan YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Tujuan kunjung hormat diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan seterusnya membincangkan berkaitan cadangan perlantikan Hakim wanita bagi Mahkamah Rayuan Syariah di negeri Melaka. Sahibus Samahah memaklumkan berkaitan fatwa yang telah diputuskan sebelum ini dan keputusan MKI yang mengharuskan perlantikan hakim Syarie wanita. Selain itu,kedua-dua membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perundangan dan kehakiman syariah.

Turut hadir sama YA Datuk Haji Mohd Radzi bin Abd Latif Hakim Rayuan Syariah JKSM, Sahibus Fadilah Haji Hazarudin bin Haji Baharudin Timbalan Mufti Melaka, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR, Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz Ketua Pendaftar MSNM dan Tuan Mohd Saifuddin bin Othman Pegawai Penyelidik Kanan MSNM juga beberapa pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Last Updated on April 5, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026