MAJLIS KHATAM QURAN , TAHLIL ARWAH, PERTANDINGAN HAFAZAN, NASYID DAN SUMBANGAN IFTAR ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JKSM DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL JKSM 2023

14 April 2023| Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JKSM telah menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah Tahun 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM.

Majlis telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Usai Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah tersebut, program diserikan lagi dengan pertandingan hafazan dan nasyid yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JKSM.

Antara aktiviti yang turut diadakan pada majlis hari ini ialah Penyerahan Bantuan Infak Ramadan & Hari Raya Aidilfitri Kelab Bukit Perdana (JPM) oleh KKS kepada 27 orang penerima yang telah diluluskan permohonan mereka baru-baru ini. Sumbangan berupa wang tunai RM400 dan bakul makanan (barangan keperluan asas) kepada setiap penerima.

Sebagai penutup program, di sebelah petangnya, KKS telah menaja nasi arab & bubur lambuk sebagai menu iftar dan mengedarkannya kepada semua warga JKSM.

Puspanita JKSM juga turut menghadiahkan bunga telur dan juadah tepung pelita kepada semua.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan exco KKS dan Puspanita yang terlibat!

Last Updated on April 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in February 2027

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 1, 2027 February 2, 2027 February 3, 2027 February 4, 2027 February 5, 2027 February 6, 2027 February 7, 2027
February 8, 2027 February 9, 2027 February 10, 2027 February 11, 2027 February 12, 2027 February 13, 2027 February 14, 2027
February 15, 2027 February 16, 2027 February 17, 2027 February 18, 2027 February 19, 2027 February 20, 2027 February 21, 2027
February 22, 2027 February 23, 2027 February 24, 2027 February 25, 2027 February 26, 2027 February 27, 2027 February 28, 2027