PERJUMPAAN KHAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA PENGARAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

Kota Bharu | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah mengadakan perjumpaan khas bersama YM Engku Rajhan bin Engku Ismail, Pengarah YIK bertempat di ibu pejabat YIK, Kota Bharu, Kelantan.

YAA Dato’ KP/KHS menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YM Engku atas kesudian menerima kunjungan ini dan kesediaan YIK meneruskan jalinan kerjasama yang dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Antara program bersama yang sedang dijalankan ialah Kursus Multaqa Pakar Turath Syariah secara bersiri mulai tahun 2021 sehingga 2025.

Perjumpaan ini memberi tumpuan ke arah meneruskan kesinambungan dan jalinan hubungan kerjasama yang baik di antara JKSM dan YIK di samping berkongsi maklumat berhubung prospek kerjasama yang boleh diteroka antara kedua-dua pihak di masa hadapan seperti kursus-kursus dan latihan membabitkan perkongsian kepakaran dan kemahiran.

Perjumpaan mesra ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati antara JKSM dan YIK.

Perjumpaan khas YAA Dato’ KP/KHS JKSM ini turut ditemani oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio. Manakala dari pihak YIK pula ditemani oleh Timbalan-timbalan pengarah dan pegawai-pegawai kanan.

Disediakan oleh:

Penyelaras program latihan, Bhg. Latihan, JKSM.

Last Updated on June 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026