πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 – π‡π€πŠπˆπŒ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ π“πˆππ†π†πˆ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Program Diskusi Perundangan Tanah – Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 13 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Aras 4, Bahagian Latihan JKSM Putrajaya. Program ini bertujuan memberi ruang kepada para peserta berdiskusi dengan lebih mendalam berkaitan kes melibatkan tanah khususnya dalam konteks hibah dan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau juga dikenali sebagai Akta GSA.

Peserta Diskusi terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syariah Negeri (MSN) seluruh Malaysia, Pegawai-Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Peguam Kanan Syarie Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara (AGC). Konsep Diskusi pada kali ini menggandingkan perkongsian ilmu dari sudut akademik dan juga pengalaman sebenar industri di lapangan.

Antara pengisian Program ialah Sesi Perkongsian daripada YBrs. Dr. Shofiyyah binti Moidin, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Puan Helwani binti Lukman, Pengetua Institut Semarak FELDA, Bangi.

Penghargaan juga diberikan kepada YA Dato’ Muhammad Azhari bin Abd Rahman, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang yang telah mengendalikan Slot Diskusi bersama hakim-hakim mahkamah tinggi Syariah di akhir Program ini. Turut serta mengikuti Program Diskusi pada kali ini ialah YA Dato’ Abas bin Nordin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM.

Diharapkan agar Program Diskusi yang diadakan ini dapat menjadi medan pencerahan dan menggalakkan perbincangan yang positif di kalangan pegawai-pegawai Syariah khususnya kepada hakim-hakim Syarie di Malaysia.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘³π’‚π’•π’Šπ’‰π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on August 15, 2024

Kalendar JKSM

Events in August 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025
August 4, 2025 August 5, 2025 August 6, 2025 August 7, 2025 August 8, 2025 August 9, 2025 August 10, 2025
August 11, 2025 August 12, 2025 August 13, 2025 August 14, 2025 August 15, 2025 August 16, 2025 August 17, 2025
August 18, 2025 August 19, 2025 August 20, 2025 August 21, 2025 August 22, 2025 August 23, 2025 August 24, 2025
August 25, 2025 August 26, 2025 August 27, 2025 August 28, 2025 August 29, 2025 August 30, 2025 August 31, 2025