Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia

Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM). Ia diletakkan secara langsung di bawah seliaan Pengarah Kanan (Pengurusan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M54.

BKPSM diketuai oleh Pengarah Bahagian, PTD Gred M52. Bahagian ini mempunyai tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia serta Seksyen Pembangunan. Ketiga-tiga seksyen ini diselia oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP), masing-masing PTD M48.

Seksyen Khidmat Pengurusan berperanan mengendalikan semua urusan pentadbiran am dan kewangan Jabatan. Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia pula umumnya berperanan mengendalikan semua urusan perjawatan, kemajuan kerjaya dan tatatertib Perkhidmatan Pegawai Syariah Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan dan pegawai / kakitangan guna sama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Manakala Seksyen Pembangunan diamanahkan untuk mengendalikan semua urusan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.

Memberi perkhidmatan terbaik dalam urusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal bagi mencapai objektif Bahagian.

Memastikan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan, berkualiti, kompeten dan berintegriti.

  • Memantau segala urusan di Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Unit Kewangan.
  • Mengendalikan urusan Laporan (LNTP) dan SKT dan pengisytiharaan Glossary Link harta.
  • Mengendalikan urusan peperiksaan jabatan. (Perkhidmatan/KPSL dan PTK)
  • Melaksanakan urusan perolehan, stor dan aset,
  • Mengendalikan penyediakan anggaran belanjawan
  • Mengendalikan urusan maklum balas Jemaah Menteri dan Parlimen.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, pembangunan, prestasi dan keutuhan, pembangunan organisasi serta pengurusan sistem maklumat personel.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan, kemudahan logistik dan pengawalan keselamatan pejabat yang cekap, pantas dan teratur kepada semua Bahagian.
  • Memastikan pengurusan kewangan Jabatan sentiasa cekap, teratur dan berintegriti.
  • Mengurus peruntukan pembangunan dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan JKSM dengan cekap dan berkesan.

Kalendar JKSM

Events in Mei 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
April 25, 2022(1 event) April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 Mei 1, 2022
Mei 2, 2022 Mei 3, 2022 Mei 4, 2022 Mei 5, 2022 Mei 6, 2022 Mei 7, 2022 Mei 8, 2022
Mei 9, 2022 Mei 10, 2022 Mei 11, 2022 Mei 12, 2022 Mei 13, 2022(2 events) Mei 14, 2022 Mei 15, 2022
Mei 16, 2022 Mei 17, 2022 Mei 18, 2022 Mei 19, 2022(1 event) Mei 20, 2022 Mei 21, 2022 Mei 22, 2022
Mei 23, 2022 Mei 24, 2022(1 event) Mei 25, 2022(1 event) Mei 26, 2022 Mei 27, 2022(1 event) Mei 28, 2022 Mei 29, 2022
Mei 30, 2022(1 event) Mei 31, 2022(1 event) Jun 1, 2022 Jun 2, 2022 Jun 3, 2022 Jun 4, 2022 Jun 5, 2022