ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π‡π€π˜π€π“π€π ππ„πŠπ„π‘π‰π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Bahagian Sokongan Keluarga pada hari ini telah mengadakan Program Pengukuhan Organisasi dan Penghayatan Pekerjaan Tahun 2025 bertempat di Rinching ATV Adventure Park, Semenyih Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan tugasan selain menguji kekuatan mental dan fizikal pegawai.

Program yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Bahagian Sokongan Keluarga ini memulakan aktiviti dengan menaiki ATV mengikut trek-trek yang telah ditetapkan. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan aktiviti air di gigi sungai dan makan tengah hari bersama-sama di samping bertukar pandangan dan cadangan dalam meningkatkan motivasi dan sokongan di dalam organisasi. Aktiviti-aktiviti program pada kali ini mendekati alam semulajadi dapat dilihat sebagai suatu simbol kesyukuran dan menghargai ciptaan Allah SWT.

Last Updated on February 3, 2025

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025 May 9, 2025 May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025 May 14, 2025 May 15, 2025 May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025 May 20, 2025 May 21, 2025 May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025