10 Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dilantik

DR Zulkifli. FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA: Seramai 10 Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan (Jakim) atau dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal dilantik berkuat kuasa 16 Ogos hingga 15 Ogos 2023 depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli jawatankuasa teknikal baharu dilantik bagi menggantikan ahlinya yang tamat tempoh 15 Ogos lalu.

Katanya, antara sumbangan utama jawatankuasa ini ialah penyeragaman lima Undang-Undang Syariah 2001, iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam: Undang-Undang Keluarga Islam; Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah; Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah.

“Dari aspek pengharmonian undang-undang syariah dan sivil, Jawatankuasa Teknikal ini memainkan peranan signifikan dalam meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada 1988 iaitu dengan memasukkan Fasal (1A) yang memperuntukkan Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Ahli Jawatankuasa Teknikal ini dilantik secara pentadbiran oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik, menamatkan dan melantik semula keanggotaan mana-mana ahli demi kepentingan Jawatankuasa Teknikal terbabit,” katanya.

Katanya, Jawatankuasa Teknikal ini ditubuhkan pada 6 Mei 1988 bernaung di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), suatu badan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969 bagi menyelaras hal ehwal Islam di Malaysia termasuk perundangan Islam.

Barisan baharu jawatankuasa ini dipengerusikan bekas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah

Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Ahli lain adalah bekas Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Abdul Monir Yaacob: bekas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Dr Hassan Ab Rahman dan bekas Rektor Profesor Undang-Undang, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Selain itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Muhammad Asri Abdullah; bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia, Datuk A Aziz A Rahim; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid; Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Prof Datin Dr Raihanah Abdullah dan mantan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, Rodziah Muhammad.

Sumber: Harian Metro

Last Updated on Disember 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022 Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022 Ogos 10, 2022 Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022 Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022 Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022 Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022 Ogos 23, 2022 Ogos 24, 2022 Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022 Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022 Ogos 30, 2022 Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022