BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

21 Februari 2023 ( SELASA )- Jawatankuasa Latihan EKSA JKSM dengan kerjasama Bahagian khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JKSM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya pada hari ini.

Penceramah jemputan bagi bengkel adalah Tuan Wan Mohd Farid bin Wan Mahadzer daripada Kementerian Pembangunan dan kerajaan Tempatan. Bengkel telah dihadiri oleh Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor/zon yang dilantik. Bengkel ini turut dihadiri oleh Tuan Nik Bukhari Hashimy bin Nik Yahya selaku Ketua jawatankuasa Latihan EKSA JKSM.

Objektif utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pelaksanaan audit EKSA di JKSM,menjana idea dan kreativiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Pengisian bengkel ini meliputi amalan EKSA dari jabatan yang cemerlang, strategi/penambahbaikkan amalan EKSA dan simulasi audit EKSA di zon yang terpilih.

Last Updated on February 21, 2023

Kalendar JKSM

April 30, 2024