Firma guaman Syarie boleh mohon beroperasi

ALHAMDULILLAH, saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Peguam Syarie di seluruh negara boleh mengemukakan permohonan bagi pengoperasian pejabat atau firma Guaman Syarie sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) melalui sistem Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MlTl) – COVID-79 Intelligent Management System (CIMS) sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Permohonan tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi tujuan pertimbangan untuk kelulusan pengoperasian, tertakluk kepada SOP yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 15 Julai 2021. la juga tertakluk kepada negeri-negeri yang berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Permohonan boleh dibuat melalui Kluster Perundangan dan Kehakiman Syariah dan Sektor Guaman Syarie yang mempunyai empat Subsektor iaitu Khidmat Nasihat Profesional Guaman Syarie, Perkhidmatan Guaman Syariah, Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Peguam Syarie bagi tuntutan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat dan Perkhidmatan Perunding Keluarga Islam. Saya mengharapkan peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua Peguam Syarie di seluruh negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Suka juga diingatkan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama terutamanya Peguam Syarie untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN seterusnya dapat mengelakkan berlaku penularan wabak COVID-19 ini semasa pengoperasian pejabat atau firma guaman Syarie. Gunakanlah pendekatan yang terbaik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MKN bagi pengurusan kes di Mahkamah Syariah.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan atas kerjasama yang dihulurkan oleh pihak Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), MKN, MITI, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bagi mempermudahkan usaha ini. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T dari musibah wabak COVID-19 ini serta dapat meneruskan perkhidmatan kepada orang awam dan masyarakat meskipun dalam keadaan yang berlaku pada hari ini.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
28 Julai 2021 bersamaan 18 Zulhijjah 1442H – HARAKAHDAILY 28/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044315565310/posts/377643550389494/

Sumber: Harakah Daily

Last Updated on December 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in September 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 1, 2025 September 2, 2025 September 3, 2025 September 4, 2025 September 5, 2025 September 6, 2025 September 7, 2025
September 8, 2025 September 9, 2025 September 10, 2025 September 11, 2025 September 12, 2025 September 13, 2025 September 14, 2025
September 15, 2025 September 16, 2025 September 17, 2025 September 18, 2025 September 19, 2025 September 20, 2025 September 21, 2025
September 22, 2025 September 23, 2025 September 24, 2025 September 25, 2025 September 26, 2025 September 27, 2025 September 28, 2025
September 29, 2025 September 30, 2025 October 1, 2025 October 2, 2025 October 3, 2025 October 4, 2025 October 5, 2025