[language-switcher]

Bahagian Dasar dan Penyelidikan

Bahagian Dasar dan Penyelidikan dulunya dikenali dengan nama Cawangan Penyelidikan. Cawangan Penyelidikan ini telah wujud sejak awal penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu pada 15 Disember 1998. Menyedari tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam sesebuah organisasi, fungsi penyelidikan semakin diperluaskan. Melalui penstrukturan semula JKSM pada 16 Februari 2008, bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP).

Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah mengikut perkembangan semasa serta menjadi kumpulan pemikir yang berwibawa bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Menjalankan kajian/penyelidikan yang komprehensif, tepat dan mantap dalam tempoh satu tahun.

  • Antara fungsi dan tanggungjawab sedia ada yang telah diberikan kepada Bahagian Dasar dan Penyelidikan seperti berikut:
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan perundangan dan Syariah serta kajian berhubung hal ehwal Mahkamah Syariah.
  • Menyediakan input-input hasil penyelidikan undang-undang dan hukum syarak berkaitan isu perundangan dan Syariah serta isu pentadbiran dan pengurusan di Mahkamah Syariah.
  • Memberi maklumat yang terkini berhubung perkembangan Undang-undang Syariah yang diguna pakai di Mahkamah Syariah, cadangan atau pandangan kepada jabatan dan agensi luar berkenaan sesuatu isu perundangan dan syariah, isu pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah.
  • Bekerjasama dengan pusat penyelidikan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan lain-lain program kajian berkaitan undang-undang dan kehakiman syariah.
  • Memperhalus undang-undang syariah yang sedia ada dan diguna pakai di Mahkamah Syariah agar lebih kemas dan berkesan.
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan perundangan syariah dan pengurusan pentadbiran di Mahkamah Syariah secara berkualiti dan menyeluruh dalam masa yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan maklumat-maklumat semasa yang terkini berhubung dengan perkembangan undang-undang syariah yang diguna pakai di Mahkamah Syariah.
  • Memperhalusi undang-undang syariah bagi memartabatkan Mahkamah dan undang-undang syariah.
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan dasar jabatan dan memberi maklumbalas berkaitan pandangan jabatan terhadap sesuatu isu ke Agensi-Agensi lain yang berkaitan sama ada di dalam atau di luar Negara.

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025