[language-switcher]

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia

Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM). Ia diletakkan secara langsung di bawah seliaan Pengarah Kanan (Pengurusan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M54.

BKPSM diketuai oleh Pengarah Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M52. Bahagian ini mempunyai tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia serta Seksyen Pembangunan. Ketiga-tiga seksyen ini diselia oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP), masing-masing Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48.

Seksyen Khidmat Pengurusan berperanan mengendalikan semua urusan pentadbiran am, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan dan mentadbir pengurusan stor dan aset Jabatan. Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia pula umumnya berperanan mengendalikan semua urusan perjawatan, kemajuan kerjaya dan perkhidmatan Pegawai Syariah Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan dan pegawai / kakitangan guna sama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Manakala Seksyen Pembangunan diamanahkan untuk menyelaras, mengurus dan menyelia urusan belanjawan Jabatan dan mengendalikan semua urusan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.

Memberi perkhidmatan terbaik dalam urusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal bagi mencapai objektif Bahagian.

Memastikan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan, berkualiti, kompeten dan berintegriti.

Mengendalikan semua urusan pentadbiran am, kewangan, sumber manusia dan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.

  • Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, pembangunan, prestasi dan keutuhan, pembangunan organisasi serta pengurusan sistem maklumat personel.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan, kemudahan logistik dan pengawalan keselamatan pejabat yang cekap, pantas dan teratur kepada semua Bahagian.
  • Memastikan pengurusan kewangan Jabatan sentiasa cekap, teratur dan berintegriti.
  • Mengurus peruntukan pembangunan dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan JKSM dengan cekap dan berkesan.

Kalendar JKSM

Events in May 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 1, 2023 May 2, 2023 May 3, 2023 May 4, 2023 May 5, 2023 May 6, 2023 May 7, 2023
May 8, 2023 May 9, 2023(2 events) May 10, 2023 May 11, 2023 May 12, 2023 May 13, 2023 May 14, 2023
May 15, 2023 May 16, 2023(1 event) May 17, 2023(1 event) May 18, 2023 May 19, 2023 May 20, 2023 May 21, 2023
May 22, 2023(1 event) May 23, 2023(1 event) May 24, 2023 May 25, 2023(1 event) May 26, 2023(1 event) May 27, 2023 May 28, 2023
May 29, 2023 May 30, 2023 May 31, 2023 June 1, 2023 June 2, 2023(1 event) June 3, 2023 June 4, 2023