[language-switcher]

Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan

Bahagian Pusat Sumber Maklumat Dan Penerbitan merupakan salah satu bahagian yang dikawal selia oleh Pengarah Kanan Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan bahagian tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Gred LS 52. Bahagian ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu Seksyen Pusat Sumber Maklumat dan juga Seksyen Penerbitan.

  1. Seksyen Pusat Sumber Maklumat di JKSM merupakan agensi pusat yang menyelaraskan aspek pengurusan pusat sumber di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada Negeri-negeri  Gunasama, penglibatan di seluruh negeri juga dijalankan secara menyeluruh.
  2. Seksyen Pusat Sumber Maklumat JKSM telah ditubuhkan pada 15 Disember 1998. Pada peringkat awal, ia ditempatkan di Tingkat 3, Bangunan Perpustakaan Awam Islam, Pusat Islam Malaysia. Kemudian telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Pada 1 Julai 2000 pula, Pusat Sumber JKSM telah berpindah ke Aras 2, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
  3. Kini, Seksyen Pusat Sumber Maklumat JKSM semakin berkembang dengan adanya enam (6) waran perjawatan tetap di Seksyen Pusat Sumber Maklumat.
  4. Pada tahun 2018, koleksi bahan Seksyen Pusat Sumber Maklumat adalah sebanyak 37,370 buah buku merangkumi koleksi bahan rujukan Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  1. Seksyen Penerbitan merupakan seksyen yang bertanggungjawab mengendalikan penerbitan Jurnal Hukum yang merupakan rujukan utama Alasan Penghakiman.
  2. Selain itu juga, Seksyen Penerbitan bertanggungjawab mengendalikan penerbitan Buletin dan Laporan Tahunan jabatan.
  3. Sehingga tahun 2018, sebanyak 62 buah Jurnal Hukum telah diterbitkan dan dijual.
  4. Selain dari Jurnal Hukum, Buletin dan Laporan Tahunan, Seksyen Penerbitan juga menguruskan proses percetakan bahan terbitan jabatan yang lain seperti  laporan kajian, buku terjemahan, pamplet dan lain-lain lagi.
  5. Sehingga kini, Seksyen Penerbitan memiliki lima belas (15) waran perjawatan tetap.

Peranan dan fungsi Seksyen  Pusat Sumber Maklumat  JKSM adalah sebagai satu pusat pengurusan rujukan dan maklumat induk yang akan melibatkan pemantauan, perolehan, pendokumentasian, pembangunan dan khidmat nasihat yang akan meliputi penyelarasan perpustakaan seluruh Jabatan Kehakiman Syariah / Mahkamah Syariah Negeri-negeri.

Manakala peranan dan fungsi Seksyen Penerbitan adalah menerbitkan bahan-bahan rasmi jabatan seperti Jurnal Hukum, Buletin, Laporan Tahunan serta lain-lain bahan terbitan jabatan.

Kalendar JKSM

Events in March 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023
March 6, 2023(1 event) March 7, 2023 March 8, 2023 March 9, 2023 March 10, 2023 March 11, 2023 March 12, 2023
March 13, 2023 March 14, 2023 March 15, 2023 March 16, 2023(1 event) March 17, 2023 March 18, 2023 March 19, 2023
March 20, 2023 March 21, 2023 March 22, 2023(1 event) March 23, 2023 March 24, 2023 March 25, 2023 March 26, 2023
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023