[language-switcher]

Unit Integriti

Penubuhan Unit Integriti, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia  ditubuhkan pada 1 Januari 2014. Tujuan penubuhan Unit Integriti  ini adalah untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan empat (4) fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan dan Pengesahan dan Pematuhan.

Unit Integriti merupakan salah satu unit yang ditubuhkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di bawah Pejabat Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Terdapat tiga (4) waran perjawatan tetap di Unit Komunikasi Korporat     yang terdiri daripada:

i.    Ketua Unit Integriti (LS48)
ii.    Penolong Pengarah Kanan (LS44)
iii.    Penolong Pegawai Tadbir (N29)
iv.    Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N22)

1) Tadbir Urus

  • Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus (JITU) JKSM


2) Pengukuhan Integriti

  • (A) Mengenalpasti dan Merangka Program / Aktiviti Pengukuhan Integriti
  • (B) Menganjurkan Program / Aktiviti Pengukuhan Integriti


3) Pengesanan dan Pengesahan

  • (A) Mengambil Tindakan Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Tatatertib
  • (B) Mengambil Tindakan Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Jenayah
  • (C) Mengambil Tindakan Pengesanan dan Pengesahan Pelanggaran Etika Organisasi

4) Pematuhan

  • (A) Mengendali dan menguruskan Kes-kes Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional JKSM / JKSN Sabah / MSWP
  • (B) Mengendali dan menguruskan Kes-kes Tatatertib Kumpulan Sokongan JKSM / JKSN Sabah / MSWP

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025