Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam Islam amat sempurna dan adil kepada semua pihak dikalangan ahli keluarga. Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubungan diantara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syara’. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak dilindungi.
Last Updated on December 24, 2021