JKSM DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2023/1445H

PUTRAJAYA | YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama barisan 50 orang pegawai/kakitangan komited memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan diteruskan dengan acara perarakan yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dengan jarak perarakan sepanjang 1.1 km dan disertai oleh 131 kontinjen, sekaligus mengembalikan nostalgia perarakan berkenaan selepas tiga tahun ia tidak diadakan.

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba pada jam 10.00 pagi. Seterusnya, Baginda mencemar duli bagi merasmikan sambutan berkenaan yang dihadiri oleh 6,000 peserta dari pelbagai kementerian dan agensi.

Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi serta jemaah menteri merupakan antara kenamaan yang hadir bagi menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Terdahulu, ucapan aluan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekankan peri pentingnya bagi setiap individu berakhlak mulia sepertimana yang dizahirkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW agar perpaduan dan keharmonian dapat terus dipelihara.

JKSM seterusnya merakamkan infiniti tahniah kepada YBrs. Prof. Dato’ Dr. Syed Othman bin Syed Husin al-Habshi yang dinobatkan sebagai penerima Augerah Perdana Maulidur Rasul SAW 1445H.

Manakala, enam orang tokoh dari pelbagai disiplin ilmu diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.

Untuk rekod, sambutan ini turut diserikan dengan persembahan nasyid dan deklamasi puisi.

Sebelum majlis perasmian bermula, sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Bell Ngasri dengan penceramah jemputannya terdiri daripada Imam Muda Asyraf dan pempengaruh media sosial, Puan Masitah Mohd. Affandy diadakan di Dewan Perdana, PICC.

Kurator Berita

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on September 29, 2023

Kalendar JKSM

Events in October 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 30, 2024 October 1, 2024 October 2, 2024 October 3, 2024 October 4, 2024 October 5, 2024 October 6, 2024
October 7, 2024 October 8, 2024 October 9, 2024 October 10, 2024(2 events) October 11, 2024 October 12, 2024 October 13, 2024
October 14, 2024(2 events) October 15, 2024 October 16, 2024 October 17, 2024 October 18, 2024 October 19, 2024 October 20, 2024
October 21, 2024(1 event) October 22, 2024(1 event) October 23, 2024(1 event) October 24, 2024 October 25, 2024(1 event) October 26, 2024 October 27, 2024
October 28, 2024(1 event) October 29, 2024(1 event) October 30, 2024 October 31, 2024 November 1, 2024 November 2, 2024 November 3, 2024