JKSM lancar dua buku berkaitan pesalah syariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. – NSTP/Ghazali Kori

PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini melancarkan dua buku iaitu Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah.

JKSM dalam satu kenyataan, berkata pelancaran diadakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri yang berlangsung, hari ini di Kuantan, Pahang.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Menurut kenyataan itu, Idris berkata, buku itu diterbitkan bagi memberi panduan berguna kepada semua pihak yang terbabit dalam melaksanakan hukuman alternatif berkenaan.

Katanya, pelaksanaan hukuman alternatif itu diharap dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan lancar serta paling utama pelaksanaannya diseragamkan di seluruh negara.

“Pelancaran dua buku ini akan menjadi titik permulaan ke arah kecemerlangan dan menjadi sejarah kepada sisitem kehakiman dan perundangan syariah di negara ini,” katanya ketika melancarkan kedua-dua buku berkenaan.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abd Razak.

Idris turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Penjara dan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kerjasama yang diberikan kepada JKSM dalam penyediaan kedua-dua buku terbabit.

“Usaha untuk menyediakan buku itu sudah bermula sejak pertengahan 2019, membabitkan JKSM sebagai urusetia, pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia dan KKM,” katanya.

Buku Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah ini mengandungi enam perkara dengan tiga jadual merangkumi panduan kerja untuk semua agensi yang berkaitan.

Antaranya, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan KKM, bagi melaksanakan hukuman sebatan di luar penjara untuk pesalah jenayah syariah.

Buku Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib pula mengandungi sembilan perkara dengan tiga

jadual, menerangkan proses pengendalian PKW bermula daripada prosedur menjatuhkan hukuman oleh hakim, pra dan peringkat pasca PKW.

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024