KUNJUNG HORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH KE JKSM

09 Mei 2023| YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Othman bin Mustapha sebentar tadi bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

YBhg. Tan Sri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAA Dato’ atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkuatkuasa 10 April 2023.

Kedua-dua pihak turut mengambil peluang membincangkan beberapa perkara berkaitan pemerkasaan pentadbiran kehakiman syariah.

YBhg. Tan Sri juga yakin YAA Dato’ akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam menerajui institusi kehakiman syariah sekaligus memperkukuh sistem perundangan Islam di Malaysia.

Last Updated on May 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2024

  • There are no events scheduled during these dates.