KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN DAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)

SEREMBAN| Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Menara MAINS bagi membincangkan mengenai kaedah penentuan kadar had kifayah Negeri Sembilan serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir selaku Pengerusi MAINS dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zainal bin Said, Setiausaha MAINS serta pegawai-pegawai kanan MAINS

Terdahulu, deligasi yang diketuai oleh YAA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan peranan MAINS dalam memartabat syiar Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Perbincangan mengenai had kifayah ini adalah penting bagi menentukan kelayakan pemohon iaitu isteri/bekas isteri terhadap tuntutan BSK Transit yang meliputi tuntutan kospenginapan, makan minum dan pengangkutanbagi menghadiri prosiding berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di mana-mana Mahkamah Syariah seluruhMalaysia termasuk kehadiran ke sesi rundingcara BSK yang terhadkepada enam (6) kali sahaja bagi setiaptindakan penguatkuasaan untuk seorangpemohon.

Selain itu, perbincangan turut dimaklumkan bahawa BSK boleh menyalurkan maklumat bekas isteri atau bekas suami yang berada di bawah had kifayah bagi skim bantuan yang bersesuaian.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman), Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM,Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM berserta pegawai dari JKSNS, BSK JKSM dan BSK Seksyen Negeri Sembilan.

Last Updated on July 5, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024