KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG DAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)

PEKAN, 20 Jun 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput oleh Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ( JKSP ) untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) bertempat di Kompleks MUIP bagi membincangkan program promosi dan kesedaran yang boleh dianjurkan bersama antara agensi – agensi di bawah MUIP.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain selaku CEO MUIP.

Terdahulu, deligasi yang diketuai oleh YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan peranan MUIP dalam memartabat syiar Islam khususnya di Negeri Pahang.

Objektif utama perbincangan ini adalah untuk berkongsi pandangan dan idea kaedah terbaik untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK Seksyen Negeri Pahang dalam urusan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah khususnya kepada masyarakat Pahang.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman),Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM,Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM berserta pegawai dari JKSP dan BSK Seksyen Negeri Pahang.

Last Updated on June 20, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025 May 9, 2025 May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025 May 14, 2025 May 15, 2025 May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025 May 20, 2025 May 21, 2025 May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025