KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SABAH

13 Februari 2023 | YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Rayuan JKSM yang menjalankan tugas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan mengadakan Kunjung Hormat ke atas Tuan Haji Arman bin Abdul Muin, Pengarah JKR Negeri Sabah.

Antara perkara yang telah dibincangkan berkaitan isu pelaksanaan projek yang sedang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Daerah Papar dan isu-isu yang belum selesai bagi projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah untuk tujuan penutupan akaun 2023 memandangkan tiada lagi butiran dan peruntukan pada tahun hadapan.

Selain itu, JKSM turut menyampaikan hasrat dalam melaksanakan projek bagi Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12 Tahun 2024 melibatkan daerah Kota Belud, Kudat dan Sandakan.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YAA Datuk Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar, JKSN Sabah.

Last Updated on February 13, 2023

Kalendar JKSM

May 17, 2024