KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JKSM KE ATAS DUTA REPUBLIK ARAB MESIR

AMPANG| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Mesir Tuan Yang Terutama (TYT) Ragai Tawfik Nasr bertempat di Kedutaan Mesir, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur hari ini.

Kunjungan ini disambut mesra dan penuh mahabbah oleh Tuan TYT dan kakitangan kedutaan, di samping saling bertaaruf antara satu sama lain, kerana kunjungan ini merupakan kunjungan kali pertama Dato’ Mohd Amran ke Pejabat Kedutaan Mesir setelah dilantik sebagai KP/KHS JKSM.

Dato’ Mohd Amran dan Tuan TYT berkesempatan bertukar-tukar penjelasan dan pandangan perihal Perlembagan Undang-Undang Syariah dan struktur pentadbiran Syariah negara masing-masing.

Dato’ Mohd Amran juga berkesempatan menjelaskan perancangan JKSM untuk memantapkan dan memperbanyakkan lagi latihan untuk para pegawai di JKSM. Ini bagi memastikan semua Pegawai Syariah yang dilahirkan oleh JKSM kompeten dalam bidang tugas masing-masing selaras dengan kehendak Jabatan.

Tuan TYT Ragai menyambut baik perancangan tersebut dan akan memberi sokongan penuh kepada sebarang kolaborasi strategik antara kedua negara dalam membantu urusan pentadbiran JKSM secara amnya.

Pertemuan yang diadakan pada hari ini dapat memberikan impak yang besar kepada sistem perundangan dan kehakiman Syariah negara, sekaligus mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kunjungan ini turut disertai oleh Tuan Mohammad Shahidan Abd. Ghapar, KPP Bahagian Latihan dan Tuan Mohd Khairul Hamiz bin Mohd Hussin, Pegawai Khas Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Allah SWT berfiman di dalam Surah al-Hujurat, ayat 13:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ.

Last Updated on August 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026